Friday 28 November 2014

Tazkirah Jumaat: Besarnya Dosa Mengumpat

Tazkirah Jumaat: Besarnya Dosa Mengumpat

Di dalam Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w ada menceritakan orang yang mengumpat tempatnya adalah api neraka selagi mana orang itu sebelum dia meninggal dunia dia tidak sempat untuk meminta maaf pada orang yang diumpatnya selagi itu dosanya tidak terampun. Di akhirat nanti orang yang mengumpat tadi akan merangkak-rangkak mencari orang yang diumpatnya itu untuk meminta maaf.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya." dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat "

H.R Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban

 

Kapten Tengku Sharifah Sofia Mudah mengatakan sabar pada mereka yang sedang diuji tetapi tidak mudah untuk kita bersabar disaat kita sendiri sedang diuji. Nak tahu hati seseorang itu bersih atau kotor senang saja: Bila hati seseorang itu kotor dia suka cerita dan mengaikan orang tapi bila hati seseorang itu bersih dia tak suka cerita keburukan orang apatah lagi mengaibkan seseorang kerana dia tahu ianya berdosa. Sesiapa yang tak takut dosa dan sanggup menerima azab dari Allah s.w.t teruskan cita-cita anda untuk mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang  


Kapten Tengku Sharifah Sofia Mohon ustaz atau ustazah atau orang yang berilmu bagi nama kitab tu: Sofia lupa ada satu kitab tu mengceritakan di akhirat nanti ada orang di akhirat nanti bertahun-tahun lamanya merangkak-rangkak mencari tuan yang diumpatnya semasa hidupnya di dunia kerana di waktu itu berjuta-juta orang yang di situ dan susah untuk kita mencarinya. Selepas kita jumpa orang tu untuk minta maaf, kita kena lagi cari orang lain yang pernah kita mengumpatnya dan begitulah seterusnya sampai orang terkahir dan selepas itu barulah kita boleh masuk kes syurga setelah dosa-dosa lain dihisab. Ya Allah begitu susahnya untuk masuk ke syurga, rasa takut sangat-sangat ni. Sofia menyeru pada diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan yang lain akan menghindari golongan ini takut kita terjebak sama mendapat dosa yang amat pedih seksaanya nanti. Na'uzubillah min zalik ..................................

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Teori Konspirasi Sharifah Sofia (SS) All Rights Reserved
Powered by Alat Rekaman
ProSense theme created by Dosh Dosh and The Wrong Advices.
Blogerized by Bonard Alfin Forum Distorsi.