Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Friday, 30 January 2015

MH370 Sebenarnya Berada Di Ukraine !!!

TERKINI: MH 370

Minta tolong sangat-sangat pada ratusan orang yg telah msj Sharifah Sofia Syed Rashid tadi mengenai pengumuman live yg akan dibuat oleh DCA di Astro Awani sebentar aje lagi... Klu dulu kata sofia penipulah dan mcm2x lemparan diberikan sehingga memfitnah dan menyerang peribadi sofia. Skrg ni kpd ramai pulak yg sibuk bertanya.

Referlah pd fb utama di atas tu. Nak percaya... percaya tak nak percaya sudah. Pendedahan tersebut hanya 20% saja. Russia dah pun confirmkan bahawa pesawat MH 370 mmg berada di Ukraine setelah dihijacked oleh 2 penumpang Ukraine yg merupakan askar terlatih merangkap agen CIA.

Kita ada byk lagi isu semasa yg penting berlaku di Malaysia ini. Tahukah anda semua sofia mempunyai bukti kukuh video dan gambar-gambar bahawa warga asing sudah pun kuasai Malaysia. Tunggu pendedahan rasmi akan dibuat bagaimana satu deal rahsia antara Najib Razak dan Obama akan dibongkarkan. So dengan penjelasan ini harap sgt lps ni jgn kaitkan MH 370 dgn insan yg bernama Sharifah Sofia Syed Rashid II. Byk lagi kat luat tu anda blh tanya.

Kalau faham... bagus... tlg jgn msj lagi psl MH 370 sbb dah jem giler peti inbox...


Sharifah Sofia Syed Rashid II Yup betul tunggu pasal berita panas tu. Yg padal DSAI pun dah dapat maklumat bahawa beliau akan dipenjarakan minggu dpn hari Selasa.

Andaikata fb sofia kena blok atau apa2x yg berlaku pada diri ini, sofia dah pun pass pd org2x penting yg berada di dlm facebook mahupun di luar facebook ttg maklumat sulit Najib Razak !!!


Harap maklum !!!
20 hrs · Like · 382



Sharifah Sofia Syed Rashid II TERKINI: Sidang Media Cap ayam.

Itu saja yg mampu skrip dibaca oleh Ketua Pengarah DCA ttg MH 370 tanpa ada sessi soal jawab dari wartawan mahupun waris mangsa MH 370.


Najib & Hishamuddin takut nak buat press conference htr Dato Azharuddin sbg wakil. Tak perlu komen apa-apa kali ini sebaliknya lontarkan senyuman plg manis setelah melihat lakonan teater yg dianggap terbaik di dunia sebentar tadi 
18 hrs · Like · 266



Sharifah Sofia Syed Rashid II Ada jawapannya cuma media-media di Malaysia bacul dan penakut utk menyiarkan berita benar ttg pesawat MH 370 seperti yg telah disiarkan di akhbar-akhbar utama Russia, Germany, Perancis, Turki, Mesir etc.

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga dgn se
tiap masalah ada cara penyelesaiannya. Hilang MH 370 bukannya misteri lagi tetapi dah menemui jawapannya. Allah s.w.t bagi kita otak utk berfikir dan mencari jawapan. Russia dah bagi jawapannya 

Akhirnya MH 370 tutup kes begitu juga nasib MH 17 akan tutup kes. Bersedialah kita semua menghadapi gelombang baru dari Yahudi & Amerika yg dah pun bertapak di Malaysia ini.

Harap maklum 




Sharifah Sofia Syed Rashid II Siti Norzawanah : Maklumat mana yg ckp klu Najib Razak tak nak dengar ckp Obama. Malaysia akan diserang... Ingat senang ke US nak serang mcm tu kat Malaysia. 

Masa Tun Mahathir jadi PM satu dunia kita blh tgk malah ucapannya di oversea terus terang ta
npa ada rasa takut menghentam US dan Yahudi. Tak ada pun M'sia kena serang. Yg sbnrnya Najib Razak bukan saja PM minoriti tapi beliau seorang yg lemah, penakut dan tiada integriti utk memimpin M'sia. Itu jawapannya 

Harap maklum 
13 hrs · Like · 198



Sharifah Sofia Syed Rashid II TERKINI: Malaysia semakin tenat........

Anda semua rakyat Malaysia sudah bersiap sedia menghadapi gelombang baru 2015. Tgklah slps ini bagaimana Amerika & Yahudi menyerang negara ini secara halus dan secara terang-terangan.


Tak percaya ? Okey fine... tunggu kemunculannya.... 
2 hrs · Like · 29





Rahsia Perjalanan Terakhir MH370 Kini Dalam Tangisan

KUALA LUMPUR: Awal pagi 8 Mac mencatat sejarah pahit buat negara apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Rentetan daripada itu, gerakan mencari dan menyelamat besar-besaran melibatkan pelbagai negara dilakukan.

Seramai 227 penumpang, termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia, berada di dalam pesawat malang Boeing 777-200 itu.

Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.



Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur. Juga dipercayai terdapat dua penumpang yang menggunakan pasport curi.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630.

Pengawal trafik udara terputus hubungan dengan pesawat pada jam 1.30 pagi.

Pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik, berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semasa misi mencari, tumpuan adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Bagaimanapun, ia diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.



Wujud beberapa teori berkaitan kehilangan pesawat ini, antaranya keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan dilaporkan baik, manakala juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden.

Walaupun diakui pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012, tetapi ia telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.

Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari sebelum insiden itu terjadi.



Amerika Syarikat yang menghantar pegawai penyiasat FBI berkata ia tidak menolak kemungkinan insiden ini ada kaitan dengan serangan pengganas susulan kehadiran dua penumpang dengan pasport curi. Namun, teori itu tidak dapat dibuktikan.

Kehilangan pesawat MH370 turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa berada di KLIA kerana dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Alright, goodnight" atau “Baiklah, selamat malam” adalah ungkapan terakhir yang didengari daripada pesawat MH370 yang hilang yang disahkan Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin yang menyampaikan berita ini kepada ahli keluarga penumpang warganegara China.



Walaubagaimanapun, antara persoalan yang bermain di fikiran ramai orang: Bagaimana pesawat MH370 boleh hilang begitu sahaja daripada radar?

Kurang seminggu selepas kehilangan MH370, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Ain dari Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik USM pula berpendapat bahawa berkemungkinan pesawat tersebut mengalami masalah bekalan kuasa utama dan apabila diaktifkan bekalan kuasa sokongan, bekalan kuasa tersebut juga mengalami kegagalan.

Katanya, ini mungkin menyebabkan sistem komunikasi pesawat tidak berfungsi seperti yang diharapkan dan menyedari masalah ini, juruterbang mungkin mengambil langkah berpatah balik ke KLIA mengunakan navigasi secara manual.

MAS juga mengumumkan penghentian penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan kru yang hilang bersama pesawat itu.

Kod penerbangan MH370 digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sementara kod MH371 ditukar kepada MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, bekas juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 ditembak jatuh oleh sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi yang bernama Diego Garcia.

Pelbagai teori dan spekulasi liar kemudian ditimbulkan pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Pelbagai andaian timbul sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan dan keselamatan, malah tidak kurang juga daripada mereka yang hanya duduk di depan komputer atau peranti telapak tangan tetapi turut sama mahu menjadi pakar penganalisis segera.



Di laman sosial misalnya, pelbagai spekulasi dan khabar angin dengan mudah bertebaran apabila tanpa sebarang rasa bersalah, masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menekan butang 'share' tanpa mempedulikan kesahihan khabar yang dihantar.

Tidak lama kemudian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 memasuki fasa baru yang lebih rumit, membabitkan pelbagai negara dan merangkumi kawasan yang luas.

Katanya, SAR juga lebih mencabar kerana ia turut meliputi kawasan darat dan laut serta membabitkan 25 negara.

Dalam pada itu, beberapa insiden amuk oleh waris termasuk kekecohan yang berlaku di Hotel Sama Sama di mana berlangsungnya sidang media MH370 turut menjadi perhatian.

Enam ahli keluarga, dipercayai warganegara China, mendesak penjelasan daripada pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Mereka meluru masuk kira-kira jam 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lewat menyelamatkan penumpang dan mendesak ahli keluarga dibawa pulang tanya sebarang syarat."

Kesukatan yang dirasai kaum keluarga dan waris penumpang serta kru tambah memeritkan apabila Hishammuddin memaklumkan bahawa misi SAR MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Keperitan sama turut dirasai Maira Elizabeth Nari, anak kepada ketua pramugara MH370, Andrew Nari, yang tidak henti-henti berdoa agar ayahnya kembali dan menemaninya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun hasrat itu tidak kesampaian.

25 Mac mencatat detik hitam insiden MH370 apabila Perdana Menteri mengumumkan pesawat MH370 telah 'berakhir' di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya menerima kritikan dan diminta berundur. Namun beliau berkata segala keputusan sama ada akan meletak jawatan hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat itu selesai.

Sebulan selepas insiden pada April, pakar penerbangan Geoffrey Thomas mengumumkan jangka hayat bateri kotak hitam pesawat malang itu kemungkinan sudah berakhir.

Situasi itu dijangka merumitkan lagi usaha pencarian kerana isyarat itu penting bagi menentukan lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd, Datuk Koh Yaw Hui juga memberitahu pihaknya akan membayar RM2 juta kepada 14 waris penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan.

Syarikat itu juga akan mengetepikan prosedur biasa bagi memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Ketika kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di negara ini pada April, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Amerika Syarikat kerana terus memberi sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi mencari MH370.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin MH370 dan MH17.

Dalam pada itu, terbaharu pada Khamis, DCA  mengadakan sidang media dengan rasmi mengisytiharkan bahawa tragedi pesawat MH370 ialah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun twitternya menzahirkan rasa simpati dan berkata pencarian pesawat malang itu akan diteruskan.

Susulan pengumuman itu juga, MAS mengeluarkan kenyataan akan memulakan proses pembayaran pampasan kepada kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370.

Sunday, 18 January 2015

MH370 Kemungkinan Besar Akan Ditemui Dalam Keadaan Baik



Sydney: Pesawat MH370 berkemungkinan besar akan ditemui dan dipercayai dalam keadaan baik walaupun selepas tenggelam selama 10 bulan.

Martin Dolan (gambar), Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai operasi mencari pesawat itu berkata, dia yakin pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan ditemui tetapi mengakui ia akan mengambil masa.

Tiga kapal dengan yang keempat dalam pelayaran, kini menjalankan operasi mencari di dasar Lautan Hindi di barat Australia, tempat pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang itu kebanyakannya rakyat China, dipercayai terhempas.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Selain memperoleh beberapa isyarat misteri ‘ping’ yang menggambarkan laluannya, tiada tanda-tanda mengenainya ditemui walaupun operasi udara dan laut dijalankan secara besar-besaran.

Setakat ini, suku daripada kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer sudah diperiksa, manakala zon yang lebih besar seluas 208,000 kilometer persegi sudah dipetakan.

Pencarian utama bermula pada awal Oktober lalu dan operasi akan ditingkatkan lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran keadaan cuaca bertambah baik. - Agensi

Tuesday, 9 December 2014

Kes MH370 & MH17 Akan Ditutup Tahun Hadapan? CASE CLOSE?




TERKINI: MH 17 (9.12.2014)

Serpihan terakhir MH 17 dlm perjalanan dan dijangka sampai di Belanda pada 09 December 14 ini iaitu hari Selasa pagi ini.

Pasukan Penyiasatan yg diketuai oleh Belanda bersama Ukraine, Australia, Belgium dan Malaysia akan memulakan penyiasatan punca nahas pesawat MH 17.

Jawapannya: Russia dah lama mulakan penyiasatan dan bukti-bukti gambar serta satelit menunjukkan terdapat 2 Pesawat Tempur MIG 29 Ukraine mengekori dgn rapat pesawat MH 17 sebelum ditembak lalu jatuh dan meletop. So apa nak cakap lagi.... bukti dah jelas. Ada org cakap Najib Razak diugut oleh Obama mengenai isu MH 370 & MH 17 supaya menyembunyikan fakta sebenar kpd seluruh rakyat M'sia.

Tak payah tunggu lama dah ada pun family yg saman Ukraine dan M'sia. Hope keluarga mangsa MH 370 & MH 17 juga turut berbuat demikian sbb dpt maklumat kes ini akan ditutup tahun hadapan dan satu kes baru lagi besar akan muncul sedang dirancang oleh Obama laknatullah sekaligus org akan melupakan kes tersebut.

Harap maklum.


Kapten Tengku Sharifah Sofia Amerika dan Yahudi dalang utama kes MH 370 & MH 17.

Manakala utk kes MH 370, Austalia dilantik oleh Obama utk menjadi pelakon utama. Utk kes MH 17 pulak Belanda dilantik untuk menjadi Pelakon Utama.

Ukraine pulak dilantik menjadi agen risikan FBI dan CIA utk kes MH 370 & MH 17

Manakala Malaysia dijadikan kambing hitam dan menjadi pak turut serta bersubahat menyembunyikan fakta sebenar kes MH 370 & MH 17 kepada seluruh rakyat M'sia terutama sekali semua waris keluarga yg terlibat.

Harap maklum


---------------------------------

Kapten Tengku Sharifah Sofia Ada org tanya kenapa kes MH 370 & MH 17 akan ditutup secara perlahan-lahan dan satu magic show akan dibuat Najib Razak nanti dan bukannya satu teori mahupun spekulasi.

Ni jawapannya: Jika kes MH 370 & MH 17 dibuka juga dan diakhir cerita ini akan terbongkar cerita sebenar siapa punya angkara malah M'sia juga terbabit kerana cuba menyembunyikan fakta sebenar kes. Justeru dari diketahui oleh dunia dan rakyat M'sia satu ' magic show ' akan dipertontonkan. Kalau tak percaya tunggu dan lihat...

Pendekatan terbaik mulakan saman pihak-pihak terbabit. Itu jalan terbaik sebelum kes ini akan hilang dan lenyap begitu saja.

Harap maklum


---------------------------------

Jaja Roslan Sy jarang nk komen ni kak.maaf bertanya.Kak sofia.x bole ke kalau rancangan yg obama nak buat tu kite halang?means kerajaan halang atau bersedia?means merancang sesuatu untk mempertahankn negara?benda yg dah lepas tu kite dah x bole nk buat ape dah walaupun kite tau siapa dalangnya.ni untk yg masa akan dtg.adakah ia masih melibatkn pesawat komersial?kesian manusia x bersalah terkorban.sy amik berat sebab ibu bapa sy selalu terbang kesana kemari dlm dan luar negara setia bersama malaysia airlines.semoga kak sofia dan kite semua di lindungi allah.insyallah. Kapten Tengku Sharifah Sofia

---------------------------------

Kapten Tengku Sharifah Sofia Jaja Roslan : Rancangan Obama tu kita semua boleh gagalkan dgn cara seluruh umat Islam khususnya rakyat M'sia berdoa secara istiqamah pada Allah s.w.t agar menggagalkan rancangan Obama laknatullah !!!

Mengenai pesawat tu rasanya dah tiada kot sbb kes baru yg lebih besar akan muncul. Setakat ni ada 3 kes besar yg berada di dlm radar sulit Sharifah Sofia Syed Rashid. 

Salah satunya yg telah terbocor dgn sendirinya ialah Obama sedang merancang utk cuba mengaitkan m'sia dgn keganasan militan Islam pelampau dgn cuba mengaitkan dgn ISIS dan Al-Qaeda. 2 lagi belum boleh didedahkan.

So dgn cara ini saja Obama cuba menekan dan menakut-nakutkan Najib Razak yg dikasihi sekaligus utk menunjukkan kpd dunia luar yg M'sia mmg pusat melahirkan keganasan militan Islam.

Harap maklum


---------------------------------

Jaja Roslan Terima kasih kak sofia atas penjelasan dan info.alhamdulillah sy sedikit lega dan akan jd kuat seperti kak sofia dan ibu bapa sy untk tidak takut dgn ancaman luar.allah akan sentiasa dgn kite kalau kite ingatnya dan sentiasa berdoa.insyallah sy akan sentiasa titip kan doa untk kesejahteraan malaysia dan islam di setiap solat ku.

Sy pon bukan minat dgn agenda politik ni.tp ini dah melibatkn nyawa org awam.saudara islam kita.sedih bila seseorng yg tahu akan kebenaran x nk tegak kan kebenaran.mmg betul mungkin di luah mati mak di telan mati anak.tp fikirkn jgk kesannya jika dia terus berdiam diri.
Harap kak sofia n team terus cekal untk mencari gali rahsia dan bukti. Kapten Tengku Sharifah Sofia salute u!


---------------------------------

Kapten Tengku Sharifah Sofia Cik Puan Julita mmg ramai yg layak ganti Najib Razak tapi masalah sekarang ni team-team Muhyiddin tak berjaya dan tak berani serta gagal utk menekan Najib agar turun segera dari takhtanya secara terhormat pd perrhimpunan agung UMNO di PWTC baru - baru ini 

Ini kerana Najib Razak pandai memainkan peranan dgn cuba mengalihkan perhatian perwakikan dgn isu ' Akta Hasutan '. Secara tak langsung perwakilan terus terlupa dan bersatu padu. Magic show Najib yg dipelajari dari Obama ini akan diteruskan dlm kes MH 370 & MH 17.

Tapi dlm masa yg sama sedap juga tgk Tun sekolahkan Najib kerana bacul dan penakut utk membawa isu TPPA dan IMDB dlm perhimpunan tersebut.

Harap maklum 


---------------------------------
 
Copyright Teori Konspirasi Sharifah Sofia (SS) All Rights Reserved
Powered by Alat Rekaman
ProSense theme created by Dosh Dosh and The Wrong Advices.
Blogerized by Bonard Alfin Forum Distorsi.